VISI SMK Putrajaya Presint 9 (2) Penjana Modal Insan Yang Berkualiti Menjelang 2012
MISI SMKPP9(2) Beriltizam Melahirkan Modal Insan Yang Syumul Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
SEJARAH Majlis pelancaran pecah tanah SMK Putrajaya Presint 9(2) telah diadakan pada 2003 dengan keluasan 9.07 ekar. Pembinaan bermula pada Januari 2004 dan siap sepenuhnya pada Disember 2006. Seterusnya SMK Putrajaya Presint 9 (2) telah dibuka sepenuhnya kepada pelajar pada Februari 2007 dengan pelajar seramai 174 orang dan 15 orang guru. Pengetua pertama ialah Pn. Rosnah bt. Ibrahim. Pada tahun 2009, kepimpinan sekolah diterajui pula oleh Pn. Hjh. Norliah bt. Raja Omar. Bilangan pelajar telah bertambah kepada 674 orang dengan bilangan guru 55 orang. Pendidikan Khas Integrasi terdiri daripada bilangan pelajar 45 dan 9 orang guru. Dua kelas Aliran Agama (KAA ) bagi tingkatan satu dan dua.
No comments:
Post a Comment