Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Sometimes we wonder, "What did I do to deserve this?" ...

 ... or "Why did God have to do this to me?" Here is a wonderful explanation!


A daughter is telling her Mother how everything is going wrong, she's failing algebra, her boyfriend broke up with her and her best friend is moving away.

Meanwhile, her Mother is baking a cake and asks her daughter if she would like a snack, and the daughter says, "Absolutely Mom, I love your cake."
Here, have some cooking oil," her Mother offers. "Yuck" says her daughter.
"How about a couple raw eggs?"
"Gross, Mom!"
"Would you like some flour then? Or maybe baking soda?" "Mom, those are all yucky!"
To which the mother replies: "Yes, all those things seem bad all by themselves. But when they are put together in the right way, they make a wonderfully delicious cake!

God works the same way. Many times we wonder why He would let us go through such bad and difficult times. But God knows that when He puts these things all in His order, they always work for good! We just have to trust Him and, eventually, they will all make something wonderful!
   
 

Lubang Paku

Seorang ayah menasihati anaknya yang suka marah-marah.
Pada suatu hari, anaknya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak berhampiran rumah.
Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, jika kamu marah, ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah sekuat hatimu. Buatlah begitu."
Semenjak saat itu, apabila si anak berasa marah pada sesiapa pun, dia mengetuk sebatang paku pada kandang kudanya.
Mudah baginya melakukan perkara itu.

Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada bapanya dengan rasa bangga paku-paku yang sudah ditanamkannya ke dalam pagar kandang yang kini sudah banyak.
Ayahnya berkata, "Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut paku-paku itu satu persatu. Buatlah begitu seterusnya.
Si anak terus bersetuju tanpa tahu apakah tujuan sebenar si ayah menyuruhnya berbuat demikian.

Sebulan kemudian, si ayah bertanya, "Adakah paku sudah dicabut?"
Dengan tegas, si anak menjawab, "Ada, saya sudah cabut kesemuanya!"
Ayahnya segera mahu melihat hasil kerja si anak lantas menuju ke pagar kandang kudanya.
Setibanya di sana, si ayah berkata, "Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang jelas kelihatan. Ini bererti semasa kita memarahi seseorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kemudiannya kita memohon maaf, hal itu tetap meninggalkan parut."

Sebuah 'Dictionary'

       Semasa saya berada di bank, saya terkejut apabila didatangi oleh seorang anak muda yang menyapa, "Cikgu ini Cikgu Tee kan?"

       "Ya, saya Tee."

       "Maaf ya, saudara ini siapa?"

       "Saya Man, anak murid cikgu semasa di SMX. Cikgu mengajar saya English."

       "Iya? Maafkan cikgu sebab tidak cam tadi."

       "Tidak apa. By the way, I still owe you RM5."

       "Never mind, you can keep it."

       "Tetapi hutang kena bayar. Dahulu cikgu beri duit beli 'dictionary', sebab saya salah seorang yang tidak ada 'dictionary'. Saya masih ingat, cikgu kata cikgu pinjamkan. Kalau beri lainlah."

       "Tidak mengapalah. Kamu sekarang sudah habis belajar?"

       "Habis. And believe it or not, I'm now an English teacher."

       "Good. Kalau macam tu, RM5 itu, kamu berikan kepada pelajar kamu pula supaya membeli 'dictionary'."

       "Thank you teacher. Not for the RM5, but for everything that you've done for me."

       Balik ke rumah saya senyum puas. Saya tidak menyangka bagaimana sekeping RM5 yang kemudiannya ditukar kepada sebuah dictionary begitu bererti bagi seorang anak Melayu kampung